Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Pengubahan Wang Haram di Malaysia: Apa Yang Awak Perlu Tahu

Date
amla malaysia

Pengubahan wang haram di Malaysia ialah topik yang menarik perhatian masyarakat dan Kerajaan. Artikel ini menjelaskan undang-undang, kesalahan, dan bagaimana peguam dapat bantu.

Apakah Pengubahan Wang Haram?

Pengubahan wang haram ialah proses menukar hasil jenayah dari aktiviti haram kepada dana yang sah. Ini dilakukan untuk menyembunyikan asal usul dan pemilikan sebenar wang itu.

Ini membolehkan penjenayah menikmati keuntungan yang diperoleh secara haram tanpa menarik perhatian pihak berkuasa terhadap penguatkuasaan undang-undang.

Salah satu contoh aktivitinya adalah kejadian Macau scam di mana wang yang diperolehi dari mangsa kononnya diperolehi melalui penipuan dan ini menyalahi undang-undang. Sekiranya wang tersebut digunakan untuk apa-apa tujuan oleh seseorang walaupun dia mengetahui ianya adalah dana haram, dia telah melakukan satu kesalahan yang akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Perbuatan ini biasanya melibatkan tiga peringkat: penempatan, pelapisan dan penyepaduan yang diterangkan di bawah:

  1. Penempatan

    Ini adalah peringkat awal, di mana hasil jenayah dimasukkan ke dalam sistem kewangan. Ini boleh dilakukan melalui deposit tunai, pindahan kawat atau transaksi kewangan lain.

  2. Pelapisan

    Ini melibatkan pergerakan dana haram melalui satu siri transaksi yang rumit, selalunya merentasi pelbagai bidang kuasa, untuk mengaburkan pemilikan dan asal usul wang tersebut.

  3. Penyepaduan

    Ini melibatkan pengenalan semula dana yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti haram, atau dikenali sebagai ‘wang kotor’ ke dalam ekonomi yang sah, seperti melalui pelaburan, hartanah atau aset lain.

    Perbuatan ini boleh memberi kesan negatif yang ketara kepada ekonomi dan kestabilan kewangan negara. Ia boleh menjejaskan integriti institusi kewangan, memudahkan rasuah dan jenayah terancang, malah menyumbang kepada pembiayaan keganasan.

Undang-undang bagi pengubahan wang haram di Malaysia

arrested man in handcuffsBagi pemulihan dan mencegah pengubahan wang haram yang semakin meningkat, Malaysia telah meluluskan beberapa undang-undang untuk mengesan, mencegah dan mendakwa atas kesalahan melakukan aktiviti tersebut.

Undang-undang utama yang mengawal aktiviti ini ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA atau lebih dikenali sebagai ‘AMLA’). AMLA menyenaraikan pelbagai kesalahan pengubahan wang haram, keperluan pelaporan, dan kuasa penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

Selain AMLA, Malaysia telah melaksanakan pelbagai undang-undang dan peraturan lain yang memainkan peranan dalam memerangi kesalahan tersebut, seperti Kanun Keseksaan (Penal Code),  Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013) dan Akta Syarikat Amanah 1949 (Trust Companies Act 1949).

Kesalahan-kesalahan tentang Pengubahan Wang Haram

Di bawah AMLA, terdapat beberapa kesalahan pengubahan wang haram yang individu dan entiti boleh didakwa. Ini termasuk:

  1. Terlibat dalam atau bersubahat dengan pelakuan aktiviti tersebut

    Ini merujuk kepada tindakan mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti tersebut atau membantu orang lain berbuat demikian. Ini boleh termasuk penyediaan perkhidmatan kewangan, nasihat atau sokongan lain untuk memudahkan proses pengubahan haram.

  2. Memperolehi, memiliki, atau menggunakan harta yang merupakan hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang

    Kesalahan ini meliputi situasi di mana seseorang dengan sengaja memperoleh, memiliki atau menggunakan harta yang mereka tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah berasal daripada aktiviti jenayah.

  3. Menyembunyikan atau menyamarkan sifat sebenar, asal usul atau pemilikan harta yang merupakan hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang

    Kesalahan ini melibatkan tindakan menyembunyikan sumber atau menyamarkan sifat, asal usul atau pemilikan harta untuk menjadikannya kelihatan sah.

  4. Kegagalan untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan

    Di bawah AMLA, individu dan entiti tertentu, seperti bank, institusi kewangan, perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditetapkan, dikehendaki melaporkan transaksi yang mencurigakan kepada pihak-pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan dakwaan jenayah..

Pendakwaan Kesalahan Pengubahan Wang Haram

jury sitting in courtroomJabatan Peguam Negara (AGC) bertanggugjawab bagi pendakwaan kesalahan pengubahan wang haram di Malaysia. AGC bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain, seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyiasat dan mendakwa kes tersebut.

Untuk mendakwa dan kemudiannya mendapatkan sabitan bagi pengubahan wang haram, pihak pendakwaan mesti membuktikan pada tahap ‘tanpa keraguan munasabah’ atau ‘beyond reasonable doubt’ bahawa tertuduh terlibat dalam satu atau lebih aktiviti terlarang yang dinyatakan dalam AMLA.

Namun, ini boleh menjadi tugas yang kompleks dan mencabar, memandangkan sifat skim kesalahan tersebut yang sering canggih dan transnasional. Sekiranya pendakwaan berjaya, tertuduh boleh berdepan hukuman berat, termasuk penjara, denda, dan rampasan aset.

Sekiranya seseorang individu atau entiti didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram di Malaysia, beliau boleh dikenakan beberapa penalti. Di bawah AMLA, penalti-penalti bagi kesalahan tersebut termasuk:

  1. Penjara

    Di bawah Seksyen 4(1) AMLA, individu yang disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun.

  2. Denda dan Kompaun

    Di bawah Seksyen 4 AMLA dan selain dari penjara, individu atau entiti yang disabitkan dengan kesalahan ini boleh didenda dan dikehendaki untuk membayar denda sehingga lima kali ganda nilai dana yang didapati daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

  3. Rampasan asset

    Di bawah Seksyen 55 dan 56 AMLA, Mahkamah Malaysia mempunyai kuasa untuk memerintahkan perampasan mana-mana harta yang merupakan hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang atau digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut. Ini boleh termasuk wang tunai, hartanah, kenderaan, akaun bank, dan aset lain.

  4. Kerosakan reputasi

    Sabitan untuk kesalahan tersebut juga boleh menyebabkan akibat reputasi yang teruk bagi individu dan perniagaan, yang berpotensi membawa kepada kehilangan pelanggan, peluang perniagaan dan lesen profesional.

Bantuan guaman dan perwakilan

Memandangkan kerumitan kes dan akibat teruk daripada sabitan kesalahan, adalah penting bagi individu dan entiti yang menghadapi pertuduhan pengubahan kesalahan tersebut untuk mendapatkan nasihat dan perwakilan peguam. Seorang peguam yang berpengalaman dalam hal AML/CTF boleh membantu untuk:

  • Memberi nasihat tentang implikasi undang-undang pertuduhan dan potensi pembelaan. Dia juga dapat membantu dalam penyediaan bukti dan hujah undang-undang untuk perbicaraan.

  • Mewakili tertuduh di mahkamah, membentangkan kes mereka dan mencabar keterangan pihak pendakwaan. Selain itu, dia boleh membantu berunding dengan pihak berkuasa untuk perjanjian pengakuan, jika sesuai.

  • Membantu menurunkan kesan sabitan ke atas reputasi individu atau entiti, perniagaan dan kehidupan peribadi.

Kos untuk melibatkan peguam

Kos melibatkan peguam untuk kes pengubahan wang haram boleh berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk kerumitan kes, pengalaman dan kepakaran peguam, dan bidang kuasa di mana kes itu dibicarakan. Ianya adalah penting untuk membincangkan yuran dan kos terlebih dahulu dengan peguam anda untuk mengelakkan sebarang salah faham di kemudian hari.

Secara umum, bayaran untuk perkhidmatan guaman dalam kes bersifat ini boleh berdasarkan atas kadar setiap jam, bayaran tetap, atau gabungan kedua-duanya.  

Sekiranya terdapat guaman mahkmah yang dimulai dengan kertas-kertas kausa seperti writ saman dan saman pemula, ini akan menjadikan kos guaman lebih tinggi kerana ianya mengambil lebih masa berbanding dengan kes yang tidak dipertikaikan.

Kesimpulan

Pengubahan wang haram adalah isu yang kompleks dan serius di Malaysia, dengan akibat undang-undang dan kewangan yang ketara bagi mereka yang terlibat.

Sekiranya anda memerlukan nasihat undang-undang dan sedang mencari firma guaman di Malaysia bagi kes pengubahan wang haram, sila hubungi kami. Pasukan peguam kami berpengalaman dan boleh membimbing anda menghadapi kes pengubahan wang haram atau mengenai AML/CFT.